Halaman

Rabu, 15 Disember 2010

Salam Permulaan


Nama Iskandar Malaysia telah diisytiharkan pada tahun 2008 oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 iaitu Y.A.B Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada ketika itu (Kini Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi). Sebelum itu ianya dikenali sebagai Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) sebelum berubah kepada Wilayah Pembangunan Iskandar dan kini dikenali sebagai Iskandar Malaysia. Nama Iskandar dimasyurkan sempena nama Almarhum Baginda Sultan Johor, Almarhum Al-Mutawakil Allallah Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Iskandar Malaysia meliputi kawasan selatan Johor yang mempunyai beberapa kawasan penting termasuk Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri, Pusat ICQ sempadan negara, dan kawasan komersial yang kini pesat membangun. Iskandar Malaysia kini diuruskan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Panorama Iskandar Malaysia adalah sebuah blog persendirian yang memaparkan suasana dan panorama yang terdapat di kawasan Iskandar Malaysia. Juga menerangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan Iskandar Malaysia. Paparan yang dikongsikan ini adalah hasil pembangunan yang telah dibina sejak pemerintahan terdahulu dan kesinambungan ini diteruskan dengan pembangunan ekonomi dalam Iskandar Malaysia. Penulis mengharapkan blog ini dapat dikongsikan dengan sebaik-baiknya. Terima Kasih

Sekian,

Penulis.